[]~Puzzle Hati III~[]


“Mama!!!.. Papa..!!”.. Asyania memanggil papa dan mamanya.

“Syah sayang, mama dengan papa nak balik ni. Syah jangan nakal-nakal ye?” Mama  menyambut perlahan suara Asyania.

“Mama.. Syah nak ikut..!!” suaranya kelam. Mereka sudah jauh kehadapan. Asyania cuba untuk bangkit. Cuba untuk mengejar mereka. Tetapi, dia tersungkur. Tidak berdaya. “Papa..! Tunggu Syah..! Syah nak ikut..!”...

“Syah... bangun, Syah..” suara abangnya, merempuhi gegendang telinga.

Esak tangisnya kedengaran. “Abang?? Urm.. abang kat mana?” tangannya meraba-raba.

“Abang kat sini,dik.” Tangan Asyania digenggam. Untuk memberi kekuatan.

“Adik  dah tak nampak.. adik dah buta. Kan abang..?” Suaranya perlahan.

“Huhh.. abang akan berusaha untuk cari penderma untuk adik, ok? Adik jangan macam ni.. adik kena kuat.”
Asyania mengeluh. Dia bersuara kembali “Abang.. papa dengan mama dah balik rumah ke? Diorang dah sehat?? Tadi adik jumpa diorang. Mama cakap, mama nak balik dah..” Asyania teringat akan orang tuanya. Senyuman terlihat di bibirnya.

“Adik jumpa diorang? Ye.. mereka dah balik. Mereka dah balik pada Ilahi..”

“Apa abang cakap ni? adik tak paham la.. abang call la papa mama. Adik rindu.”

‘Hurmm.. macam mana aku nak beritahu dia ni?’ Ashraff bermonolog. Ashraff menarik nafas dalam-dalam.
‘Bismillah....’

“Adik.. diorang.. Dah tak de.” Kembali sunyi. Sepi sekali.


“Dah takde.? Apa maksud abang.? tapi, tadi mama ngan papa jumpa Syah.” Asyania bercerita dengan penuh semangat. “Diorang ada kat sini tadi. Diorang just nak balik je. Syah nak ikut, tapi diorang tak bagi. Syah nak bangun, tapi tak dapat.. Syah tak dapat.” Asyania mengerutkan wajahnya. ‘apa maksud semua ni.?’ Hatinya kian berdebar. Kelopak matanya hangat. Seakan dapat menangkap maksud kata bicara abangnya. Tapi, hatinya keras menafikan. Dia menggenggam tangannya.

“Syah.” sepatah Ashraff bersuara. Merenung ke wajah adiknya.

Esak tangis mula kedengaran. “Nape macam ni.? Nape pa ngan ma tinggalkan Syah.? Nape tak nak tunggu Syah sedar.? Syah.... syah nak ikut diorang.. syah nak ikut, abang......”

“Sudah Syah..!!! Diorang da takde. Bukan kehendak diorang....!!! Syah nak ikut pa ngan ma? Then, nak tinggalkan abang pulak? Macam tu... !!!? macam tu ke yang Syah nak, Syah.??!!” Ashraff sudah hilang sabar. Dia bangun lantas menuju ke muka pintu. Tombol pintu berada dalam genggamannya. Dia berpaling. “..Syah duduk sini..!! Syah pikir baik-baik, jangan nak merapu tak tentu pasal..!!” menitis jua air matanya. Daun pintu ditutup kembali.

Asyania terdiam mendengar kata-kata abangnya. Tiada guna lagi jika dia meratapi pemergian orang tuanya. Mereka tidak akan kembali. Mereka sudah selamat dan aman di sana.

“Ash..!!”

Air mata di pipi ditepis. Berpaling. “Adam..?”

Senyuman dibibir layu. “kenapa ni, Ash?”

Ashraff menggeleng. “kau datang nak jumpa Syah?”

Adam mengangguk. “ada pape ke yang kau nak beritahu aku..?”

“tak. Ok la.. aku balik dulu.” Ashraff segera meninggalkan Adam.

“Eh, kau tak tunggu Syah dulu ke?? Ash??!!” Ashraff tidak mengendahkan pertanyaan Adam. Dahi dikerutkan. Daun pintu dibuka.

“Abang?” Asyania bersuara.

“Ni Adam la..” Senyuman mekar dibibir.

Asyania berdebar. Di saat ini, dia perlu bersendirian. Dia ligat mencari idea. “Syah.. penat, nak rehat.” Asyania mula merebahkan diri. Adam pantas membantu. Tapi, Asyania pantas menarik tangannya. Adam terkedu. ‘Kenapa dengan Syah ni?’ Adam bermonolog.

***

Adam Harraz meneruskan pembacaannya. Sejak dua menjak ini, keadaan dirinya, sedikit tidak terurus. Dia risau akan keadaan Asynia yang semakin menjauh darinya. Dia perasan dengan perubahan diri Asyania, seolah-olah ingin menjauhkan diri darinya. Puas dia memikirkan tentang kesalahannya. Tetapi, persoalan itu tidak terjawab oleh mindanya, sunyi. Petang itu, dia nekad untuk melawat Asyania di rumah.

Sejak Asyania pulang, dia jarang dapat menatap wajah yang dirinduinya itu. Telefon bimbit di hadapan, dicapai. Pantas dia mencari nombor Ashraff Naqib.

“Assalamualaikum., Ash.”

“Ye. Waalaikumsalam..” 

“Aku ni, Adam. Aku ingat nak jenguk Syah la, petang ni. Boleh kan? Kau balik jam berapa?” 

“Aku mungkin balik lambat sikit. Tak pe. Kau datang je la. Nengok kan dia.  Nanti aku informkan kat Mak Jah. Kay?..”

“Okay.. Thanks, Ash..”

“No prob..”

Adam mematikan phonenya. Ashraff Naqib mengizinkan. Segera dia mengemas meja. Matanya pantas menyapa jam purple, pemberian si gadis pujaan hati. 4:30 dah.. ok.. meja dah settle. Check. Homework? Huh.. banyak la homework,, pikir kau muda lagi ke Adam..? Dia menggeleng sendiri. Hah.. lantas dia ke toilet..

“Susah betul la orang handsome ni. nak kena jaga penampilan la.. huh.. payah.. payah..”

“Kalau you taknak, i boleh tolong jagakan.” 

Dia terkedu. Segera dia berpaling. Bella? “Kau buat apa kat sini..?” Gaya samseng dia bertanya.

“Amboi, you dah makin sombong dengan i sekarang ea.? Dah main kau-kau sekarang.” Bella membuat gaya menggoda.

Eh..eh.. minah ni, aku tempeleng kang. Baju dah la tak cukup kain. Fesyen apa ni. adoiii.. “Suka hati aku laa.. kau balik sekarang.! Dengan pakaian kau yang macam hape ni, kau jangan ingat, aku nak kat kau la, minah.. boleh jalan daa..” 

Bella terkedu. Segera dia melihat penampilan dirinya. Aku punya baju sikit punya lawa. Dia cakap macam hape..? apa taste mamat ni..? ekoran langkah Adam, dipandang sepi.

Adam segera mengambil beg di kerusi. “Hah.. minah. Kau jangan lupa tutup pintu sebelum balik karang ok..?” sebelum apa-apa berlaku, baik aku cabut dulu.

“woii.. Adam ,you jangan ingat, you boleh lepas dari i..”

“Amende la minah, aku sikit ponya lepas sudah.. jangan berangan di siang hari la..”

Bella menarik muncung. 'lantak kau la Adam.. pikir aku nak sangat ngan kau..'
***
 Volvo S60 meluncur laju di permukaan jalan raya. Fikiranya berserabut apabila mengingati si Bella.. ‘huh.. berserabut pale otak aku. Sian neuron-neuron otak kau. Bersimpul-simpul. Terpaksa mengadap Bella. Aku pun tak sangka, macam mana dia boleh sangkut dengan aku. Nak cakap hensem, memang ada.’ Rambut diperbetulkan. ‘Nak kata aku baik, memang la. Tidak dinafikan. Nak kata aku usyar dia? Huhh.. jauh sekali..’ spontan kepalanya digeleng berkali-kali. 

Kepala tidak gatal, digarunya. Memikirkan tentang Asyania. Semakin hari, semakin berubah. Kesan dari kemalangan ke? Uncle and untie? No idea. Maybe dia tension kot. Maybe...

Adam kini berada di perkarangan rumah Asyania. ‘Huh.. Adam, kuatkan semangat. Urmm.. tapi kalau dia tiba-tiba bertindak di luar jangkaan macam mana. Tak ke cedera aku nanti. Cedera akibat orang tersayang... tak pe kot..’ Dia mengomel sendirian. 

“Assalamualaikum...” pintu dibuka.

“Waalaikumsalam.. hah, Adam.. masuk la, nak. Syah ada kat atas. Mak Jah ke dapur dulu ye.. buatkan air. Sila laa..”

“Terima kasih, Mak Jah. Oh ye.. Syah macam mana? Keadaan dia? Dia ok tak? Ubat yang doktor bagi, dia makan tak?”

“Dia, macam tu jugak la. Terperap je kat dalam bilik tu. Kadang Mak Jah kesian. Dia sunyi. Bila Ash balik dari office, baru dia nak makan sikit. Ubat pun, kadang dia amik, kadang tak.”

“Dia da makan da?”

Mak Jah menggeleng.  “kalau macam tu, Mak Jah amik kan nasik. Nanti bawak ke atas ye? Jangan lupa ubat sekali. Saya naik dulu.”

Mak Jah berlalu ke dapur. Adam menaiki satu persatu anak tangga. Dia kini berhadapan dengan pintu kamar Asyania. Pintu itu dibuka dengan perlahan.

“Assalamualaikum..”

Asyania yang sedang berkhayal. Tersentak. “Adam..”

Kerusi dicapai. Dia meneliti wajah sayu Asyania. Dia rindu akan senyuman yang dulu sentiasa menghiasi harinya. Badan Asyania susut. Pipi yang dahulu sering menjadi mangsa cubitannya, kini susut. Hatinya dipalit kesayuan. Tanpa disedari, air mata menitis dari tubir matanya. Dia terlalu rindu.

“Waalaikumsalam..” Asyania mendiamkan diri.

Adam menggapai jari-jemari Asyania. Tetapi, ditepis. “Syah.. kenapa ni Syah..?” suara Adam kedengaran sayu.
“apa..?” kasar sekali butir bicara Asyania.

Adam menundukkan wajah. Lantai dipandang sepi. “Adam terasa, Syah semakin menjauh dari Adam. Adam cuma tertanya-tanya. Kenapa Syah berubah? Adam ada buat salah ke? Tiap hari Adam mencari kesalahan yang telah Adam lakukan. Tapi. Hampa. Adam tak jumpa. Cuba Syah cerita, Adam sanggup buat apa je. Asalkan jangan buat Adam macam  ni. Adam terseksa.”

“Adam sanggup buat apa sahaja?” ‘Syah jauh lebih terseksa Adam.

“ye..”

“tolong jauhi Syah..”

Adam kaku. “kenapa?”

“jangan tanya soalan tu lagi.. please. Adam dah berjanji tadi..”

“Tapi Syah, tolong jangan buat Adam macam ni. Adam sanggup buat apa je., tapi, jangan yang ni.”

Asyania mendiamkan diri. Hatinya keras. “Adam boleh cari yang lebih sempurna dari syah..”

“tapi, tiada yang lebih sempurna dari Syah di hati Adam. Takde Syah...” Adam menundukkan wajah. Cuba menyembunyikan hati yang lara.

Masing-masing mendiamkan diri. Akhirnya, Adam bersuara. “Syah serius ke nak Adam pergi dari hidup Syah?”

Asyania mengangguk.

“kalau macam tu.. baiklah, sayang..” suaranya berubah. “Adam pergi..” Adam mendekatkan bibirnya ke telinga Asyania, lalu membisikkan sesuatu.. “Assalamualaikum, cinta..” tangan Asyania digapai, lalu diciumnya. Air matanya jatuh, menitis di tangan Asyania.

‘Adam, maafkan Syah.’ kata-kata itu hanya terucap di hatinya.

Adam meletak kembali tangan Syah. Adam segera bangun. Matanya ligat mencari sesuatu. Drawer disisi Asyania dibuka.

“Adam buat apa?” Asyania tertanya-tanya.

Sebuah novel dijumpai, ‘Pieces of Heart’.  Dibuka halaman pertama. Lalu menulis sesuatu. Setelah itu, dia menutup kembali. Pintu dibuka. Adam membawa hati yang lara. Tapi, dia nekad akan suatu perkara.

***
sambungan----->[]~Puzzle Hati~Last~[]



No comments: