[]~Puzzle Hati II~[]


Asyania mengumpul kekuatan untuk bangkit. Dia harus pulang untuk mandi, menyalin pakaian dan menunaikan kewajipannya. Tetapi, dia perlu bersendirian.

“Abang, boleh adik pinjam kereta.?”

“Kereta adik mana??”

“Tadi adik datang dengan Adam. Kereta adik tinggal kat rumah. Adam dah pun balik tadi kan.”

“Biar abang hantarkan ea? Kita balik sama-sama.”

“Kalau abang balik, sapa nak temankan papa mama? Tak pe. Adik boleh drive sendiri.” Segaris senyuman kelat dilemparkan untuk meyakinkan Ashraff Naqib.

“Bawak slow-slow k. Jangan laju-laju. Nah, kunci.” Ashraff terpaksa. Dia melihat kesungguhan Asyania.

“Adik!! Hati-hati..!!” Ashraff berpesan. Takut kalau-kalau terjadi apa-apa. Hatinya merasa tidak enak. ‘Ya Allah, kau lindungilah dia..’

***

Asyania memandu kereta perdana kaler silver metallic milik abangnya dengan penuh tertib. Tiba-tiba dia teringat akan papa mamanya. Rasa pilu kian menghantui diri. Butir-butir mutiara yang menuruni pipinya dirasakan sedingin angin malam. Sungguhpun, begitu, dia harus kuat. Air matanya, ditepis perlahan. Beg disebelah tempat duduk penumpang, diraba-raba. Mencari sesuatu. Handphonenya terjatuh dari seat penumpang sambil mendendangkan lagu favouritenya. Dari jauh, dia melihat di papan skrin handphone. ‘..Ashraff Naqib.. Calling..’

“Abang? Ada benda penting kot. Mungkin.”

Asyania cuba sedaya upaya untuk mencapai handphonenya. Dia berasa lega. Handphone sudah berada dalam genggamannya. Dia segera menjawab panggilan abangnya.

“Salam.. abang..” Saat dia kembali menumpukan pemanduannya, muncul cahaya dari arah depan keretanya. Dia tidak pasti apa yang berlaku. Semuanya berlaku dengan pantas. Dia hilang kawalan.


“Adik..?? adik..!!!” bunyi  hon yang menerjah ke telinga Ashraff Naqib mendebarkannya. Hatinya tidak keruan. Dia mundar-mandir di ruang menunggu. Berita yang didengarinya dari Doktor Razi, doktor yang merawat orang tuanya, mematahkan hatinya. Tatkala dia menangisi pemergian mereka, dia teringat kepada Asyania. Dia harap Asyania tabah. Tetapi belum sempat dia memberitahu tentang berita itu, talian diputuskan. Ashraff tetap tidak berputus asa. Nombor Asyania didail sekali lagi. Kali ini, tiada siapa yang menjawab panggilannya. ‘Mungkinkah Asyania.......??’ Dia tidak mahu meneruskan tanggapan tersebut. Dia takut. Sangat takut.
“Adik.. adik kat mana?? Abang sensorang kat sini, dik.” Ashraff terduduk. Kesedihan melanda hatinya. Titisan mutiara mula turun di pipi.

***

“Mama.. Papa... jangan tinggalkan Syah. Mama!! Papa!!” Asyania terus memanggil papa mamanya. Namun mereka tetap senyum kepadanya dan lama-kelamaan hilang dari pandangan. Mereka berpakaian putih. Kelihatan suci.. bersih..

 “ Syah... sayang..” Adam Harraz setia disamping kekasihnya. Dia memanggil Asyania tatkala tersedar dengan kehadiran butir-butir mutiara yang mengalir disebalik kelopak mata yang terpejam itu.. Asyania mengigau lagi. Adam Harraz risau akan keadaan Asyania. Namun, dia harus tabah.

Adam Harraz keluar dari wad Asyania. Dilihatnya Ashraff Naqib sedang duduk, merenungi nasibnya. Simpati membaluti perasaannya. Dia melabuhkan punggung di sebelah Ashraff.

 Ashraff Naqib mengangkat wajah sayunya setelah bahunya disapa seseorang. Ashraff memandang Adam tanpa perasaan lalu dihadiahkan sebuah senyuman pahit buat Adam.

 “Adam.. kenapa semua ni jadi dekat aku?? Apa salah aku?” Tanpa diminta, Ashraff meluahkan rasa.

 “Ash, kau kena sabar.. ni semua ujian buat kau. Ingatlah, Allah hanya hendak menguji kesabaran kau. Orang baik selalu diuji, Ash. Jangan hadapi semua ni sebagai suatu hukuman. Tapi, hadapilah ia sebagai suatu ujian dari-Nya.” Adam menasihati Ashraff. Jika boleh, dia ingin Ashraff berkongsi segalanya dengannya. Supaya tiada lagi kesedihan. Yang ada cuma kekuatan dan ketabahan.

 “Insya-Allah. Aku akan ingat kata-kata kau. Tapi Adam, aku nak kau tahu, aku ni selemah-lemah manusia. Aku tak mampu nak hadapi semua ni. semuanya terjadi dalam satu-satu masa. Papa mama aku, dah meninggalkan kami. Syah pulak.. aku tak tahu lah, kalau ia boleh terima kenyataan. Dia belum tahu Adam. Dan keadaan dia,.. sangat rumit untuk aku katakan.”

 Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Doktor Lina tentang Asyania digegendang telinganya. ‘Encik Ashraff, saya harap encik tabah. Kami menjumpai serpihan-serpihan kaca di dalam mata Asyania. Kami telah cuba sedaya-upaya untuk menyelamatkannya. Tetapi, ada kemungkinan bahawa kornea matanya rosak dan dia tidak boleh melihat semula. Tanpa ada penderma.’ Mutiara-mutiara jernih kembali di matanya, Ashraff tidak dapat menahan lagi. Dia menangis semahu-mahunya.

 Dia bersuara kembali. “Adam..” Sambil mengesat tangisnya.. “Kau dah tahu pasal Asyania??” Dia harus memberitahu Adam.

 “Soal apa?”

 “kornea mata dia...”
 Adam sabar menanti.

 “.....rosak...” suaranya perlahan namun jelas di telinga Adam.

 “Aku tak tahu...” Dia terduduk. “Kenapa kau baru bagitahu aku sekarang?? Syah dah tahu??” Hatinya berdebar. Namun segera dia mengucap untuk mengawal perasaannya.

 Ashraff menggeleng. “...and aku, tak tahu macam mana nak bagitahu dia.. Mama dan papa.. keadaan dia.. huhhh.. aku buntu..”

 “Aku... aku akan cuba bantu kau. Jadi, apa doktor cakap lagi tentang dia??”

 “Kita kena tunggu sampai ada penderma kornea yang sesuai buat dia.. tapi, sampai bila..?”

 “Kalau aku...”

 “Jangan. Aku tak benarkan.” Belum sempat Adam menghabiskan kata-katanya, Ashraff sudah memotong, dia dapat mengagak apa yang ingin dikatakan oleh Adam. Tapi, dia tidak rela. Adam sudah dianggap macam adiknya sendiri. Tidak sanggup untuk dia melihat Adam berkorban demi Asyania.

 “Tapi, aku cuma tak nak...”

 “Dah, takde tapi-tapi. Sekarang ni, aku cuma ada kau dengan Syah je. Jadi aku tak nak apa-apa jadi kat korang.” Serius dia menutur bicara.

 “Eh.. jom.. teman aku ke surau.” Ashraff sudah berdiri. Sudah menyusun langkah. ‘aku takkan menangis lagi. Adik perlukan aku.’ Ashraff sudah bangkit dari kemelut kesedihan.

 Adam mengekori dari belakang. Dia nampak ketabahan dalam diri Ashraff. Tiba-tiba ruang matanya memaparkan wajah ayu Asyania. ‘Cukup berat untuk sayang aku terima semua ni. aku berjanji, aku takkan tinggalkan dia, walau apa pun yang terjadi. Aku akan bagi dia semangat aku. Aku ingin hidup dalam ‘dunia baru’ dia. Dan aku akan buat ‘dunia baru’ itu, menjadi dunia sementara buat dia..’

 “Hoooiiii..” Adam tersentak.

 “Cepat lah..” Ashraff mengarah. Dia kembali mengatur langkah..

***

Ashraff Naqib setia disamping adiknya. Ruang wad itu sunyi sepi. Tiada suara manusia yang mengganggu konsentrasi Ashraff yang sedang mengalunkan bacaan surah Yassin untuk Asyania. Dia berharap, adiknya akan terjaga dari mimpi yang panjang. Sering kali juga dia mendengar Asyania mengigau dengan memanggil akan papa mamanya. Asyania sering mengeluarkan kata-kata khusus untuk papa mama supaya jangan meninggalkannya. Seolah-olah, mereka menjenguk Asyania pada waktu itu. Ashraff pula, hanya mampu berdoa. Jenazah orang tuanya, sudah selesai dikebumikan. Pengebumian mereka, hanya dibantu oleh sanak-saudara terdekat sahaja. Dia terkilan. Asyania tidak dapat melihat jenazah mereka buat kali terakhir. Kini, sudah lima hari orang tuanya, meninggalkan mereka dua beradik. Dan, Asyania juga masih tidak menyedarkan diri.

 “Amin..” Dia menutup kembali surah Yassin itu. Tiba-tiba, daun pintu terkuak.

 “Assalamuaalaikum..” tubuh yang kini berada dipenumpuannya, memberi salam.

 “Waalaikumsalam.. eh, Adam. Kau dari mana ni?” suaranya diperlahankan.

 “Dari office la, apa lagi. Syah macam mana?” Buah tangan yang dibawa, diletakkan di atas meja. Lalu, dia melabuhkan punggung di kerusi yang berhadapan dengan Ashraff.

 “Oh.. hurm. Kalau kau sibuk dekat office tu, tak payah la susah-susah datang sini. Aku kan ada, aku boleh temankan Syah ni.”

 “Alaa.. takpe. aku nak luangkan masa dengan dia ni. walau sekejap pun, jadilah..” Rambut Asyania dibelai.

Jari-jemari Asyania yang berada dalam genggaman Ashraff, dirasakan bergerak-gerak. Ashraff memandang wajahnya adiknya dengan penuh harapan. “Syah.. bangun Syah..” Kelopak matanya, bergerak-gerak seperti mahu membuka mata. “Adam.... panggilkan doktor, Adam.. Syah dah sedar ni..”

 “Right...” Adam segera bangkit.

 “urrmmm.....abang...” Asyania memanggil abangnya.

 “Ye dik.. ni abang ni... adik jangan banyak cakap ye.. kejap lagi doktor sampai.”

 “Abang,.. mata adik sakit. Perit... huhh... Abang!! Kenapa bilik ni gelap sangat?? Abang kat mana?? Adik tak nampak. Tolong bukakkan lampu, abang..” Dia berasa ganjal sekali.

 “Adik.. kejap ye sayang.. kejap lagi doktor sampai..” hatinya menangis. ‘Syah, sabar ye.. Ya Allah, kau kuatkan lah aku..’

 “Abang.. adik tak nak doktor... Adik suruh bukak lampu je... Abang, adik tak nampak.. apa dah jadi kat adik, abang!!” Asyania mula meninggikan suara,, bersama esakannya.

Pintu terbuka. Adam menuju ke Asyania. Bersama seorang doktor dan nurse. Adam memanggil nama Asyania. “Syah... ni Adam sayang...”

 “Adam..!! kenapa Syah tak nampak..!!? Adam, tolong Syah.. Syah tak nampak semua orang.. Papa!! Mama!!..” Asyania mula menjerit. Ashraff hanya mengusap rambut adiknya, Adam sudah tidak mampu menanggung kolam air mata.

 “huhhh.. Abaaanggg...” suaranya mula perlahan.. Doktor telah memberikan ubat penenang kepadanya.

 “Encik..., Asyania sekarang tak berapa stabil. Mungkin, dia masih belum dapat terima keadaan sebenar. Kami harap, encik bersabar.”

 “ye.. terima kasih doktor..”Ashraff menjawab dengan nada yang perlahan.

***

sambungan----->[]~Puzzle Hati III~[]

No comments: