[]~Puzzle Hati I~[]


Deruan kipas angin yang ‘tergantung’ di langit kamarnya, membelah kesunyian pagi hari. Paginya ditemani oleh sinar Sang Mentari, yang diciptakan oleh Yang Maha Kuasa, pemilik alam sejagat ini. Di luar, kedengaran kicauan burung-burung dari pelbagai spesis, seperti cemburu dengan keadaan sunyi-sepi, lalu ia pun mendendang lagu berirama klasik, yang pasti, hanya mereka sahaja yang memahaminya. Dia hanya berlingkar di atas tilam empuknya, sekadar memerhati suasana kamarnya. Dia cukup teliti mengenai bab menghias bilik. Dinding kamarnya diwarnai dengan warna kesukaannya, merah jambu dan purple. Dinding purplenya dihiasi dengan hiasan pokok berwarna putih, yang kelihatan seperti memanjat dindingnya itu. Meja studynya diletak berhampiran dengan jendelanya, supaya mendapat sumber pencahayaan yang lebih baik. Ruang study dan santai dipisahkan oleh rak buku moden berwarna gelap. Dia juga menghiasi kamarnya dengan tumbuhan semulajadi, agar kamarnya, kelihatan ‘hidup’.

            Asyania Naqiela, namanya sahaja sudah membawa kita membayangi empunya diri. Pasti cantik bak bidadari. Wajahnya berbentuk bujur sirih, matanya bak ‘crystal’ yang jernih, dihiasi kening yang kemas dan hidung yang sederhana mancung. Di kedua belah pipinya pula, dilengkapi dengan lesum pipit apabila dia tersenyum dan ketawa. Terserlah keayuannya. Namanya sering meniti di bibir jejaka-jejaka yang terpesona dengan kecantikan semulajadinya itu. Namun, di hatinya, jelas tertulis nama seorang insan yang sangat dicintainya, Adam Harraz.

***


            “Adam !!” Eh, mamat ni. Pekak ke apa??

            “Adam Harraz...!!! Woii..!!” digoncangkan bahu teman baiknya itu. Sungguh aku tidak menyangka. Temanku ini kurang pendengaran nampaknya.

            “Eh, kasarnya minah ni. Kalau ye pun nakkan aku, tunggu la sampai masanya. Nasib baiklah muka kau sikit lebih comel dari kucing tu.” Kucing putih bertompok hitam menjadi tumpuan dua pasang mata buat seketika.

            “Apsal kau ni terlebih perasan ek?? Aku nak tanya pendapat kau ni. Bagi comment sikit.?” Drawing block di tangannya dicapai.

            “Wah, mengagumkan betul. Tasik ni macam real la, dan macam pernah ku lihatnya.” Kembali memandang wajah ayu dihadapannya. Gadis yang sering kali membuat  jantungnya berdegup kencang. Sekencang dan sekuat ombak memukul pantai. Tiada kesakitan, tiada kegusaran, hanyalah kelembutan dan keasyikan.

            “Bak balik drawing block aku. Ehem..ehem. Jika anda ingin tahu, anda adalah di antara orang yang paling rugi kerana telah sejam berlalu, tetapi anda tidak  perasan bahawa tasik di dalam lukisan ini, berada betul-betul di hadapan anda.” Segaris senyuman dilemparkan kepada jejaka kacak selaku teman baiknya. ‘Kata-kataku disambut dengan gelak tawanya.’

            “Wei.. Aku tengok kau ni, sejak dua menjak ni, asyik berangan je? Sampai aku panggil pun, kau dah tak nak sahut. Aku bercakap, kau dah tak nak dengar. Macam cakap dengan tunggul. Apa dah jadi dengan kau ni?”

            “Urmm.. Aku nak balik dulu lah. Ada hal jap.” Tampak sedikit gusar di wajahnya.
Asyania Naqiela pantas menarik lengan Adam Harraz. Kali ni, tidak. Aku nak tahu semuanya. Aku pasti, ada something yang disorokkannya. Adam Harraz terduduk kembali. Dia berasa serba salah. Tetapi, harus dikuatkan semangatnya untuk meluahkan segala yang dipendam. Tangannya di genggam untuk mencari kekuatan.

            “Aku cintakan kau, Syah.”

            Asyania Naqiela terpaku. Direnung wajah yang berada di hadapannya untuk mencari kepastian. Dan dia ketemukan sinar keikhlasan dari sepasang mata itu. Hatinya berdebar. Jawapan yang diterimanya, sungguh memeranjatkan jiwa nan satu. Bagai dipukul. Hakikatnya, jawapan itulah yang sering dinanti-nantinya. Sungguh..!!!


***


Asyania Naqiela sibuk menyiapkan paper work. ‘Hadiah’ daripada Prof. Azman akibat keterlewatannya ke kelas account. Laptop purple di hadapannya kini menjadi tatapan. Matanya menjelajah ke seluruh skrin laptop. Renungan tajam si pujaan hati dibiarkan begitu sahaja. Sesekali dia rimas ditenung sebegitu rupa.

 “Adam, Syah nak buat kerja ni.” Asyania mengetap bibir. ‘..ada jugak yang kena jolok mata ni kang..’

 “Comelnya. Syah buat la. Adam tak kacau pun. Adam tengok je.” Senyuman diwajahnya jelas menampakkan lesum pipit di pipi kanan.

 “Huhh. Malas nak layan Adam ni. Ada je benda yang nak dijawabnya.”

 “Tu lah. Sapa suruh layan Adam. Adam tak suruh pun.”
 Asyania mencebikkan bibir.

 ‘Kini kau milikku  dan selamanya. Akan ku kotakan janjiku untuk menjadikan dirimu permaisuri hidupku. Pendamping bagi diri ini selamanya. Sudah tiga tahun kita menjalin cinta. Menyulam kasih. Cinta ku jua semakin mekar pada dirimu. Asyania Naqiela, cintaku kan abadi untukmu.’ Adam bermonolog. Tanpa disedari, tangan Asyania digapainya  lalu digengam erat. Seerat-eratnya. Kemas di jari sasanya.

 “Adam, are you okay??” Genggamannya dibalas. Seketika, membuatkan Adam Harraz kembali ke alam realiti.

 “Okay,,sayang..” Senyuman diukir kembali.

Sayup-sayup kedengaran lagu You Belong With Me nyanyian Taylor Swift dari telefon bimbit Asyania.
Tangan diseluk ke dalam beg purple yang dibawa. Adam Harraz setia menunggu. Dahinya berkerut setelah melihat nombor yang tidak dikenali. Pantas dia menjawab.

 “Salam,.” Matanya menyapa wajah di hadapan. Salamnya tadi disambut. Gegendangnya masih mampu mentafsir pemilik suara garau itu. Senyuman kelegaan terlihat di wajahnya.

 “Abang Ash?? Kenapa ni? cemas je bunyi suara tu??”

 ‘Ouh, abang dia. Ingatkan sapa ntah.’ Desis hati Adam Harraz.
Tiba-tiba, Asyania Naqiela menggenggam jarinya. Seperti mahu mencari kekuatan. Terkejut Adam dibuatnya.

 “Syah, kenapa ni??” Adam Harraz bertanya, setelah tamat perbualan mereka. Ada riak cemas, gelisah, dan sedih di wajah kekasihnya itu. Asyania Naqiela pantas mengemas barangnya.

 “Syah??” Adam Harraz tidak berpuas hati. Kerisauan mula melanda hatinya pabila melihat tingkah laku Asyania Naqiela berubah serta-merta.

 “Adam, tolong hantarkan Syah ke Hospital Mewangi. Sekarang.” Asyania Naqiela meminta dengan penuh harapan. Serius. Adam Harraz segera mengangguk.



***

“Abang!! Mama ngan papa macam mana?” Asyania segera mendapatkan Ashraff Naqib. Kolam matanya sudah tidak mampu menanggung air mata kesedihan tatkala mendengar berita tentang kemalangan orang tua tersayang. Datuk Razali dan Datin Ramlah terlibat dalam suatu kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari rumah bapa saudara mereka.

 “Adik,. Adik sabar ea? Doktor yang merawat mereka cakap kat abang yang mereka sedang kritikal. Untuk menyelamatkan mereka hanya 50-50, dik.” Ashraff Naqib menjawab dengan suara yang tersekat-sekat kerana menahan tangisan.

 Asyania tidak mampu untuk berkata lagi. Tiba-tiba, dia merasa lemah sekali. Asyania rebah tetapi sempat disambut oleh Adam Harraz, yang menjadi pemerhati sejak dari tadi. Adam memeluk erat tubuh Asyania, tanpa disedari air matanya turut mengalir.

 “Syah, sabar ye sayang.. kita doa banyak-banyak ye?” Adam cuba menenangkan hati Asyania.

 “Adam..” Asyania mengangkat wajahnya. Ditenungnya Adam dengan penuh kesayuan. Lama-lama dia bersuara dalam esak tangisan. “Papa.. Mama..” Adam menyapu perlahan air mata yang mengalir itu. Wajah itu dibawa ke dalam dakapannya


sambungan ----->[]~Puzzle Hati II~[]

No comments: