[]~Puzzle Hati *Last~[]


Kini, Asyania telah memulakan hidup baru. Sudah tiga tahun lamanya, Adam meninggalkan dia. Dia hidup tanpa Adam. Perit. Tapi, mujur abangnya, Ashraff Naqib, berada di sampingnya. Dia menatap cermin. Sudah tiga tahun juga, dia menerima mata baru. Mata itu ditatapnya. Cantik. Macam biasa dilihat. Dan, macam  pernah ditatap sedemikian.. 

“macam mata...” ‘adam,,?’ huh.. tak mungkin. Dia tidak mengetahui siapa empunya mata ini, tapi dia bersyukur kerana diberi peluang untuk melihat kembali. Dia mengimbas kembali. Setelah beberapa minggu dari hari dia menjalani pembedahan itu. Di saat doktor membuka balutan matanya. Di saat di dapat melihat dunia kembali. Dia puas.

“hurmmm.. masa tu... bila aku tanya siapa penderma mata ni,  doktor hanya bagi kat aku sampul surat kat aku. mana ek?.” Asyania pantas mencari.. sampul surat berwarna purple. Warna favourite aku tu. “hah.. jumpa pun..” sampul surat dibuka. 

“pelik.. macam sampah je. tak kan orang tu nak bagi aku sampah. Beberapa helai kertas berwarna merah. Semua tak sama bentuk. Urmm.. macam puzzle pun ade gak.. ke memamg puzzle?” Asyania menggabungkan helaian-helaian tersebut.

“checkmate.. !” hah.. “hati? Sekeping hati...?”

“apa maksud ni.. aduii.. tak paham aku..hati ni, dipotong-potong.. jadi cebisan.”

“hooiiii!!!” Daun pintu terkuak.

“abang... hah.. main hoi-hoi pulak dah.”

“syah buat apa..?”

“ni.. abang ingat tak sampul ni..? dia bagi puzzle abang.. sekeping hati.. cebisan hati..”

“pieces of heart..” Ashraff menghumbankan diri di atas katil Asyania.

“apa abang cakap tadi..?”

“pieces of heart la.. kenapa..”

“macam pernah dengar..”

“tu kan novel.. ape la Syah ni.”

“novel... urmm.. tak silap Syah, Syah ade novel tu.. Adam pernah bagi. kejap, Syah cari.” Semua drawer dibuka. “hah... jumpa pun..”

“kenapa dengan novel tu..?” Ashraff bersuara.

“Entah. Kita bukak dulu.” Halaman pertama diselak. Hah..

“Ada ape je?”.. Ashraff melihat novel tersebut. “Ada sepasang mata.. Syah lukis ea?”

“tak.. bukan Syah.. Ada tulisan kat dalam mata ni. macam alamat....”

“alamat..?Syah pikir apa?”

“Adam..” sepatah dia menjawab. “abang cuba tengok mata Syah..”

“Syah nak nangis ea?”

“bukan lah.. huh.. jom cari alamat ni nak?”

“kat mana tu.. meh abang nengok.... bole la.. jom..”

‘Betul ke apa yang aku pikir ni...’ Dia bersama abangnya, segera meninggalkan perkarangan rumah mereka. Hatinya berdebar.

***

“Syah .. bangun Syah.. kita da sampai ni..” Ashraff mengejutkan adiknya. Lena je dia tido.

Rumah kayu dihadapan, menjadi tatapan. Dia mengerutkan dahi. “Rumah siapa ni, bang.”

“Abang pun tak tahu.. dah jom la.. kita cari tahu.. jom?” Ashraff mengangkat kening sebelah.

Mereka segera keluar dari perut kereta.

“Assalamualaikum.....”

“waalaikumsalam....” Seorang wanita tua muncul. Lalu menghadiahkan kami sebuah senyuman. “Masuk la, cu..”

Asyania dan Ashraff saling berpandangan. Ashraff melangkah kedepan, kasut dibuka. Lalu menaiki satu persatu anak tangga. Asyania mengekori.

“Nenek ni siapa?” Ashraff memulakan bicara.

“Nama nek, Fatimah. Panggil je Nek Mah.”

Asyania mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.

“Cu ni,,, Syah kan??” Nek Mah menumpukan penumpuan pada Asyania.

“urmm.. ye nek.. “ Asyania mengangguk.

“Dia tak pernah jemu menunggu kamu. Kat situ la... “ jari telunjuk Nek Mah menuju ke arah muka pintu. “Dia selalu duduk kat situ..” Jantungnya kencang. “Nenek selalu larang dia. Tak baik duk antara pintu.. tapi dia payah sangat nak dengar.  Dia cakap... dia tunggu seseorang. Dia cakap, kejap lagi sampai la orang tu nek..” Asyania menggengam tangan abangnya.

“Nek... boleh saya tahu siapa yang nenek cakapkan..?”

“ Dak Dam la... cucu nenek.. Adam Harraz.., Dia kawan kamu kan?” mekar senyuman dibibir tua nenek.

Asyania tidak mampu menahan lagi. Dia pantas bersuara. “nek.. mana dia nek?”

Wajah Nek Mah berubah sama sekali.  Sayu. “kejap ea cu... nenek masuk bilik kejap..”

Asyania menepis air yang mula jatuh melepasi pipinya. Ashraff hanya merenung ke luar.  Seketika kemudian, Nek Mah keluar,  bersama sebuah kotak berwarna purple. Sepi. Nek Mah kembali duduk di sofa.

“Ni.. ambil lah..” Asyania segera menyambut.

“Apa ni nek..?” Asyania bertanya.

“Adam tinggalkan untuk kamu.”

“tinggalkan...? Adam pergi mana..?” Asyania memandang Nek Mah. Menginginkan kepastian.

“ilahi,,.. dia.. dah takde cu. Nenek mintak maaf. Nenek tak dapat nak nolong. Dua tahun dia menahan sakit. Nenek tak pasti sakit apa. Nenek da suruh dia pegi jumpa doktor tu, dia tak nak. Kali terakhir dia ada, dia mintak tolong nenek.. tolong bagi kotak tu pada cu. Dia cakap, cu akan sampai sini jugak.”

“Syah.. cuba Syah bukak kotak tu..”

Asyania menurut. Dia membukak kotak itu. “.. abang.. Ada cermin.. and, surat...” Asyania kembali memandang wajah abangnya. Asyania membuka surat tersebut. Lalu dibacanya. Dia cukup kenal dengan tulisan itu.

...Assalamualaikum, Cinta.. 
Cinta yang Adam selalu rindukan. Cinta yang selalu Adam dambakan.
Syah sihat?? Mesti sihatkan.. Adam nak mintak maaf atas pemergian Adam di samping Syah.. Adam tak salahkan Syah, bila Syah mintak Adam pergi dari hidup Syah. Adam akur, dan Adam terima segalanya. Adam redha. Mungkin kita tak dapat bersama sekarang. Adam nak mintak maaf jugak sebab Adam tak dapat nak jaga Syah lagi. Adam rindukan Syah. Tersangat rindukan Cinta Adam. , 
Tapi Adam tak risau sangat, sebab, walaupun dunia Adam yang sekarang gelap, mata Adam akan selalu dapat lihat Syah yang Adam sayang dan menerangi dunia Syah. Tu, Adam ada bagi cermin. Kalau Syah rindu Adam, Syah tengok la cermin. Syah tengok mata kita. Syah akan nampak Adam. Adam akan tersenyum buat Syah selamanya.=) 
Dulu, Adam pernah janji dengan Syah. Adam takkan tinggalkan Syah. Adam tak tipu kan..? Adam akan selalu dapat lihat Syah dari jauh. 
Sekian sahaja coretan Adam buat Cinta... 
 
With love,
Adam Harraz

No comments: